Di keheningan malam ini, aku sendiri lagi. Mengelamun jauh mengenangkan nasib diri. Aku sendiri lagi. Aku sendiri lagi. Kali ini aku hanya bertemankan bunyi cengkerik dan katak memenuhi ruang kamar mendendangkan lagu sepi. Sementelahan, petang tadi hujan turun lebat membasahi bumi ciptaan Illahi. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan rahmat hujan menyimbah bumi. Namun, sedu hati aku sendiri siapa yang tahu. Ah..tak usahlah hati engkau merintih..tidak ada gunanya. tidak ada maknanya. Usahalah hati engkau berdikari sendiri. Usahalah hati engkau bangun kembali walaupun hati engkau rapuh mudah retak dan patah sendiri.
Bagaimana harus aku teruskan kehidupan ini?...aku perlu menjadi insan tabah tanpa mengharapkan sesiapa lagi. Walaupun hati ini tidak dapat berbohong dan berdusta. Apa yang harus aku fikirkan. Ah...tak perlu fikir apa-apa. Teruskan sahaja kehidupan ini seperti biasa. Kelak hati engkau akan biasa sendiri. Hati engkau tidak dapat berbohong...hati ini kosong, hati ini sepi, hati ini rindu, hati ini sayang, hati ini kasih, hati ini ego, hati ini terlalu mendalam, dan entah apa-apa lagi.
Hati ini sebenarnya masih sayang kepadanya..tak sanggup berpisah, apatah lagi kehilangannya. Aku terlalu menyayanginya, terlalu merinduinya, terlalu menyenanginya, terlalu mengasihinya, terlalu menyukai, namun, rasa dilema terlalu berat yang terpaksa hati ini tanggung keseorangan. Tidak dapat untuk aku titipkan di mana-mana. Perasaan dilema itu sering menjejaki aku ke mana-mana sahaja aku pergi. Dia setia mengekoriku. Akupun tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Hati ini terlalu dikerumuni rasa bersalah, gelisah, resah, kesal, tidak dihargai, berbelah bahagi, rasa menyusahkan, dan seumpamanya. Hatiku menjadi kusut ibarat benang yang tak dapat dirungkai di manakah puncanya.
Berdetik di hati ini rasa bersalah yang teramat. Mengapakah aku memperlakukan dia sebegitu. Dia tidak bersalah. Dia di pihak yang benar. Dia terlalu ikhlas. Dia terlalu baik. Entahlah aku sendiri bagai di awang-awangan tak tahu mengapa begini terjadi akhirnya. Tidak ada niat untuk aku membuat dia terseksa begitu. Aku sahaja yang amat memahaminya...tetapi adakah diriku dan hatiku difahami oleh orang lain termasuk dia. Ah....tak mahu aku mempersalahkan dia atau sesiapa. Tidak sesekali aku menyalahkan orang lain. Biarlah hati ini yang menanggung bebannya. Hati ini tahu dia telah banyak terseksa dengan semua ini, tetapi bukan niat hati ini untuk merancang semuanya. Salam kemaafan yang tidak terhingga dihulurkan untuknya agar dia benar-benar memahami. Walaupun hati ini tahu tentunya hatinya tertanya-tanya.
Kini, aku amat merinduinya. Aku sungguh menyayanginya. Sungguh. Aku begitu menyayanginya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu tetapi aku merasakan tidak mungkin aku dapat bersamanya lagi. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan sehingga rasa malu bersarang. Banyak sudah yang aku menyusahkannya sehingga aku tak mahu dia terganggu lagi. Terlalu banyak aku menganggu sehingga aku takut dia rasa tak keruan. Aku terlalu kerdil dan aku terlalu kecil.. mana mungkin aku dapat bersamanya lagi.
Mengapa aku jadi begini?. Banyak persoalan yang bermain di fikiran. Kadang kala resah mengundang, rasa tidak dihargai bertandang, rasa bersalah kian bersarang, rasa malu turut tertumpang. Kendatipun, apa persoalannya, niatku hanya satu kerana aku terlalu ingin menjaga hati semua pihak. Biarlah aku menjadi lilin membakar diri menerangi orang lain. Tidak mungkin manjaku itu dapat memahaminya. Tidak mungkin orang lain dapat memahaminya. Tidak mungkin..kerana terlalu kompleks untuk dihuraikan apatah lagi dibicarakan lagi. Tidak mengapa hanya Allah S.W.T sahaja tempat aku mengadu..hanya Dia Yang Maha Mengetahui tentang hamba-hambaNya. Hanya kepasrahan yang hinggap di hati ini.
Hati ini teringin sungguh untuk mengucapkan sekalung terima kasih kepadanya kerana telah banyak mengajarkanku erti sebuah kehidupan dan apakah itu rasa kasih sayang melalui sebuah pengalaman. Tanpa pengorbanan tentunya pengalaman itu tak terkesan. Hati ini akan terus menyayanginya selagi hayat dikandung badan. Tidak pernah ada rasa benci dalam hati ini kepadanya. Jauh sekali mendendami. Semoga dirinya terus dipelihara dan dirahmati dalam perlindungan Allah SW.T. dengan penuh rasa kasih sayangNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan