Kalam Hikmah....

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah.

- Abu Bakar As-Siddiq







Jumaat, 29 April 2011

Cuti Yang Diberi..untuk pekerja.

Hari ini cuti...cuti untuk semua yang bergelar pekerja. Cuti selama tiga hari.  Cuti Hari Pekerja pada hari Isnin menggantikan hari Ahad kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad.  Guru juga bercuti.  Teringat aku kata-kata pelajar-pelajarku semalam ketika di dalam kelas.  Asrul bertanya "Cikgu, hari isnin kita cuti sekolah ke?, cuti apa tu cikgu?".  Aku menjawab, "Oh, ya..cuti Hari Pekerja.".  Kawan yang duduk di sebelah Asrul iaitu Amir berkata padanya, "hah..kau nanti lupa datang plak ke sekolah.  Hari Isnin tu cuti
Hari Pekerja.  Jadi, cikgu je cuti. Kita pelajar-pelajar kenalah datang ke sekolah sebab kita tak bekerja.  Hehehe...".  Begitulah selorohnya Amir yang suka mengusik Asrul.  Aku menjawab,"Issshhh, macamana plak kamu nak datang sekolah, siapa yang nak mengajar kamu sebab cikgu semua bercuti".  Jawab Amir," Saje je cikgu, datang duduk lepak-lepak".  Berderai ketawa satu kelas.   Perbualan itu berakhir di situ kerana locengpun berbunyi menandakan tamatnya kelasku dengan mereka.

Celoteh guru dengan anak muridnya takkan habis selagi ada 'chemistry' antara guru dan para pelajar.  Namun, tidak semua pelajar dapat berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru.  Ada segelintir para pelajar hari ini bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar dan kesat kepada guru-guru sehingga guru makan hati berulam jantung . Lebih parah lagi, kita sering dihidangkan di rubrik-rubrik akhbar tentang kes-kes di luar jangkauan seperti pelajar membelasah dan menumbuk guru, pelajar membakar sekolah,  pelajar merosakkan harta benda sekolah dan guru serta pelbagai lagi.   Inikah balasan yang guru dapat daripada pelajar-pelajarnya setelah penat bertungkus lumus mengajar para pelajar mereka.  Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.  Di manakah letaknya rasa hormat mereka terhadap guru?  Sedangkan apa yang guru-guru beri tidak sedikitpun diminta balasan dengan ganjaran wang ringgit, hadiah-hadiah mewah dan sebagainya.  Kehadiran guru mengajar kita menulis baca sebenarnya tidak terbalas dengan wang ringgit dan nilai kebendaan sekalipun.  Berilah kejayaan buat ibu bapa dan guru-guru. Kejayaan para pelajar sudah cukup melegakan, menggembirakan dan membanggakan guru-guru kerana apa yang telah mereka ajarkan kepada pelajar mereka telah dapat dikecapi hasil kejayaannya. 
Akhirulkalam sedikit petikan untuk renungan ;
"Semakin bijaksana seseorang, semakin bijak orang itu menjaga mulutnya"- Couwie Joan.  
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan