Kalam Hikmah....

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah.

- Abu Bakar As-Siddiq







Jumaat, 29 April 2011

Guru Oh Guru..

Apa yang ingin dicatatkan di sini adalah perkongsian tentang seribu satu kisah yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.  Sering kali orang berkata kerjaya guru adalah senang dan mudah kerana banyak cuti tetapi kenapa aku memilih kerjaya ini tidak terlintas tentang cuti.  Aku memilih profesion perguruan kerana sinonim dengan wanita, yang dianggap lebih relevan mengikut masa dan keadaan, bertepatan dengan naluri kewanitaan.  Tambahan pula, guru dianggap hebat dari kaca mata personaliti, nilai diri mahupun ketinggian  budi dan ilmunya.  Dahulu, bidang perguruan dianggap mulia dan berwibawa.  Sementelahan lagi, pemikiran masyarakat dulu menganggap guru adalah pekerjaan yang terletak dalam hierarki tertinggi dalam masyarakat.  Namun, dalam menelusuri era pascamodenisasi ini, profesion ini sering sahaja menjadi polemik tidak bertepi.  Kerjaya yang kian dicengkam dengan seribu satu rencam yang menjadi tekanan dari pelbagai sudut pandangan.  Walau apapun cabaran yang melanda, setiap masalah yang dihadapi harus ditangani dengan bijak oleh guru-guru kerana sememangnya yang bijak itu adalah guru. Bertepatan dengan petikan kata Norman Vincent Peale menyatakan bahawa:
"Masalah itu adalah tanda kehidupan.  Semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda".     
Apabila setiap hari guru berdepan dengan seribu satu masalah di sekolah, hal ini menjadikan semakin hidup jiwa guru untuk terus mengajar, mengajar dan mengajar lagi..... 
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan